Fikir-fikirkanlah...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). -Al-Hujuraat : 13

ZIKRULLAH


click to create your own

SALAM IMTIHAN


click to create your own

MELIHAT KEMBALI SEJARAH PENDIDIKAN

TAMADUN BARAT DAN ILMU
Sudah lama saya tidak menjenguk perbincangan berkaitan sejarah dan seraya dengan itu teringat kembali dan amat merindukan halaqah sejarah (sekarang baru berada pada kurun ke-11 ) bersama sifu sejarah saya Ust. Nizamuddin. Semester ni hanya dua kali berjaya dilakukan memandangkan beliau sedang sibuk dengan research dan persediaan untuk Phd. Sempat mempelajari sejarah bermula zaman Rome, Greek kemudian terus ke Dark Ages, kebangkitan Frankish Kingdom yang seterusnya berjaya mengembangkan kerajaan Kristian di Eropah (seterusnya akan sambung pada tajuk kebangkitan Shalman).

Mempelajari sejarah Athens (Rom) yang menjadi salah satu pusat kegiatan intelektual Rom, pusat pendidikan dan filasafat yang lahirnya Plato dengan mendirikan akademi (academia) falsafahnya dan akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa keunggulan sesuatu tamadun ialah berasaskan ilmu. Kalau dulu saya masih belum dapat melihat di mana natijah keunikan dan signifikannya menelaah sejarah namun kini saya sudah dapat memahami ma’na disebalik pengajian sejarah.

BARAT MENCEDOK ILMU ISLAM
Tambahan pula bila mana saat ini saya membaca serba sedikit sejarah pendidikan Islam generasi terdahulu yang rupa-rupanya wujud perkaitan yang amat jelas di antara Tamadun Barat-Eropah yang saya telah pelajari dengan Tamadun Islam dalam konteks pendidikannya. Rupanya Tamadun Barat telah mencedok kerangka pendidikan Islam dan menterjemahkan dalam sistem pendidikan mereka dan seterusnya mereka berjaya menguasai dunia.

Andalusia menjadi sebuah negara Islam yang meletakkan martabat ilmu ditempat yang tertinggi dengan tumbuhnya universiti-universiti yang akhirnya melahirkan ramai ilmuwan Islam dari pelbagai prinsip dan disiplin ilmu baik ilmu naqli dan aqli. Pada zaman Dark Ages (sebelum zaman Renaissance 14 M) kuasa gereja telah menjadi kuku besi dan menyekat bangsanya untuk mendalami ilmu di mana mereka menganggap ’kejahilan itu petua bagi iman dan ilmu membawa kekafiran’. Ilmu pada zaman ini dikuasi oleh Islam dimana pusat keilmuan unggul di Andalus menjadikan pihak gereja gusar dan bertindak demikian. Oleh itu ramailah penduduk Eropah berhijrah untuk mencari ilmu di Universiti-universti Islam di Sepanyol yang mengajarkan pelbagai ilmu , perubatan, fizik, astronomi kimia dan ilmu agama. Maka lahir cendekiawan Eropah dan kemudiannya mereka kembali ke negara asal dengan membawa bersama isi kandungan dan method pendidikan Islam yang dipelajari.

CONTOH METHOD PENDIDIKAN ISLAM YANG DICEDOK BARAT
Harry Potter Filem yang banyak memberi gambaran bagaimana bentuk pendidikan Oxford yang telah dicedok dari Islam ( Contoh : Jubah dan Motar Board adalah dari tradisi Islam).

Konsep halaqah dan talaqqi contohnya telah dicedok oleh Barat dan diterjemahkan dalam sistem pendidikan mereka. Contohnya di Oxford University yang menggunakan sistem tutorial atau dalam Islamnya talaqqi (pengajian seorang guru dengan seorang murid). Oxford juga melaksanakan konsep halaqah dalam sistem pendidikan. Contohnya boleh dilihat dalam filem Harry Potter pada scene mereka duduk di meja bulat (bentuk halaqah) untuk makan dan the head of the table (ketua) akan membacakan doa (they call Grace) sebelum mereka makan. Inilah adalah contoh tradisi pendidikan yang diambil dari Islam dan digunakan oleh Eropah sehingga hari ini. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Muhammad Afifi al-Akiti Fellow In Islamic Studies of Oxford Universtiy dimana beliau adalah orang Melayu Malaysia yang berjaya (dikagumi) menjadi pensyarah di Oxford (rujuk wikipedia) . Menariknya beliau menyatakan bahawa the Oxford University is a model of all kind of Pondok (pesantren).

Lalu saya membuat kesimpulan bahawa sistem pendidikan Islam yang telah di tinggalkan oleh generasi awal yang juga hasil tinggalan Rasulullah SAW adalah suatu sistem terbaik yang mungkin umat Islam sendiri telah melupakannya. Dalam sejarah wujudnya Madrasah Nizam al-Mulk (Imam al-Ghazali pernah menjadi mudarris di madrasah ini) , Madrasah Salahiyyah (Salahuddin al-Ayyubi) , Madrasah Nuriyyah (Sultan Nuruddin Zinki) dan selainnya yang menjadi contoh bagaimana sistem pendidikan Islam berjaya melahirkan generasi hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh dan selainnya. Seronoknya menelaah sejarah !

"The Islamic world was characterizad by an abundance of schools and institutions of higher education , Islamic history prides itself on being able to present the name of such sons of Islam who played an importent role in building big schools in every city of the Islamic world, The name of Salahuddin al-Ayyubi tops the list" (The Islamic Civilization, as-Syeikh Dr. Mustafa as-Siba'ie).

Jumpe lagi....
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.